Ads 468x60px

ORTOGRAFIK

Unjuran Ortografik – sudut dimana sesuatu objek itu diletakkan. Kedudukan sudut yang berbeza akan mempengaruhi bentuk objek yang dilihat dan juga arah pandangan pelukis. Terdapat 4 jenis sudut unjuran iaitu :


Rajah : Kedudukan sudut-sudut unjuran


Pandangan Hadapan

Sesuatu objek dipilih berdasarkan arah yang dapat menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhan objek. Pemilihan juga perlu mengambil kira arah yang boleh menampakkan bahagian-bahagian objek secara terus (garisan nyata) bukan secara tersembunyi (garisan tersembunyi).

Pandangan Sisi

Arah pandangan sisi biasanya dipilih bagi mewakili lebar dan tinggi objek. Pemilihan bergantung kepada arah mana yang dapat menunjukkan lebih banyak garisan nyata berbanding garisan tersembunyi.

Pandangan Pelan

Pandangan pelan atau pandangan atas menunjukkan bahagian atas sesuatu objek tetapi ini tidak bermakna pandangan dari arah bawah tidak dipilih.




A - Pandangan Atas
B -Pandangan Sisi
C - Pandangan Hadapan