Ads 468x60px

OBLIK

OBJEKTIF

1. Membincangkan ciri-ciri lukisan oblik
2. membincangkan perbezaan di antara jenis-jenis lukisan oblik dengan betul.
3. Melukis lukisan oblik dengan menggunakan kaedah yang betul.


MAKSUD



Lukisan oblik merupakan satu lagi kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan. Lukisan oblik mempunyai banyak persamaan dengan lukisan isometrik kerana imej yang dilukis adalah dalam bentuk tiga dimensi.




Contoh lukisan oblik yang dilukis berpandukan unjuran ortografik

Secara umunya terdapat tiga jenis lukisan oblik iaitu :
  1.  Oblik kavalier (saiz penuh)
  2.  Oblik kabinet (setengah daripada saiz penuh)
  3.  Oblik am (3/4 daripada saiz penuh)