Ads 468x60px

Featured Posts

Lukisan Kejuruteraan

Penerangan mengenai pelbagai jenis lukisan kejuruteraan yang terdapat dalam subjek Rekabentuk Berkomputer

Lukisan Kejuruteraan : Unjuran Ortografik

Penekanan terhadap fungsi unjuran ortografik dan mentakrifkan perbezaan di antara unjuran ortografik sudut pertama dan ketiga.

Lukisan Kejuruteraan : Lukisan Isometri

Mengenai fungsi lukisan isometri dan pelbagai cara dan kaedah untuk melukiskan sesutau lukisan.

This is default featured slide 4 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly. By DeluxeTemplates.net

This is default featured slide 5 title

Easy to customize it, from your blogger dashboard, not needed to know the codes etc. Video tutorial is available, also a support forum which will help to install template correctly. By DeluxeTemplates.net

Thursday 10 May 2012

Melukis Bulatan atau Lengkuk Pada Lukisan Oblik

Bongkah boleh dilukis pada sudut dan kedudukan yang bebas mengikut kesesuaian. Oleh yang deikian digalakkan pelajar meletakkan permukaan bulatan atau lengkuk pada bahagian hadapan objek (bahagian yang selari dengan satah mengufuk) . Ini adalah kerana sekiranya berada pada kedudukan sisi objek,bulatan akan kelihatan seperti elips dan memerlukan kaedah melukis yang khas.


Bulatan pada satah oblik




Kedudukan imej oblik yang mengandungi lengkuk atau bulatan pada dua keadaan yang berbeza.


Kedudukan kurang tepat





Kedudukan kurang tepat
Kedudukan yang tepat









Kaedah Melukis Lukisan Oblik Kabinet

Bina lukisan oblik kavalier bagi rajah di bawah dengan memilih paksi oblik yang sesuai



_________________________________________________________________



i) untuk membolehkan salah satu bahagian sisi yang condong kelihatan, paksi 45 darjah arah kanan (bawah) boleh digunakan.


ii) lengkapkan kotak asas oblik tetapi ukuran panjang kedalaman bagi kotak asas dan objek adalah pada ukuran D/2

iii) lukis semula pandangan hadapan dan sisi pada kotak asas oblik

iv) unjurkan garisan pada permukaan ke dalam kotak asas sehingga bentuk objek yang dikehendaki diperolehi.

v) unjurkan jugak pusat bulatan untuk menguji sama ada penghujug bulatan pada bahagian belakang objek kelihatan atau tidak.

vi) tebalkan garisan objek

Kaedah Melukis Lukisan Oblik Kavalier



 Bina lukisan oblik kavalier bagi rajah di bawah dengan memilih paksi oblik yang sesuai.



________________________________________________________________



i) Oleh kerana objek tersebut perlu memaparkan bahagian sisi kanannya, paksi oblik yang boleh digunakan ialah >=45 darjah arah ke kanan.

ii) Lengkapkan kotak oblik asas dan lukis pandangan hadapan dan sisi pada kotak tersebut.

iii) Unjurkan garisan pada permukaan ke dalam kotak asas sehingga bentuk objek yang dikehendaki diperolehi.

iv) Tebalkan garisan objek

Oblik Am

  1. Ukuran sebenar digunakan pada paksi menegak dan mengufuk sahaja.
  2. Ukuran pada paksi surut adalah 3/4 dar skala penuh.
  3. Ia jarang digunakan.


Oblik Kabinet

  1. Ukuran sebenar digunakan pada paksi menegak dan mengufuk sahaja.
  2. Ukuran pada paksi surut adalah 1/2 dari skala penuh.


Oblik Kavalier

  1. Ketiga-tiga paksi menggunakan skala yang sama
  2. Sudut yang biasa digunakan adalah 30, 45 dan 60 .

Kaedah Asas Isometri

  1. Untuk membentuk lukisan isometrik berbantukan komputer, pada asasnya tiga paksi utama perlu digunakan. Paksi ini dinamakan sebagai paksi isometrik. 
  2. Tiga paksi ini terdiri daripada paksi pugak pada sudut 90, 30 dan 150.Kedudukan setiap satah berada di antara dua paksi yang dipanggil satah atas atau top plane (di antara paksi 30 dengan 150), satah kanan atau right plane ( di antara paksi 30 dengan 90) dan satah kiri atau left plane (diantara paksi 90 dengan 150). 
  3. Setiap ukuran yang dipindahkan pada satah-satah isometrik mesti mengambil panjang sebenar objek.


Kaedah Pembinaan Isometrik



Contoh pembinaan dari bentuk blok kotak